Thursday, October 3, 2013

Rina's Homestay

Assalammualaikum...

Salam sayang, salam ukhwah, dan salam bahagia kepada semua sahabat-sahabat yang sudi menjengah dan membaca blog saya ini. Kesudian anda adalah keterujaan saya. Senyum sikit :-)

Pejam celik pejam celik sudah masuk hari Khamis. Begitu pantas masa berjalan. Sangat rugi jika kita tidak menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya dan mengambil peluang perniagaan yang tentunya bagai cendawan tumbuh sekarang ini. 

Saya tidak mahu berceloteh panjang. 

Apa yang saya mahu kongsikan hari ini adalah tentang.....

RINA'S HOMESTAY






RINA'S HOMESTAY
Alamat : LOT 4937, LORONG 7, MERSING KECIL, MERSING JOHOR.

Kemudahan yang disediakan :

- Mempunyai 3 buah bilik ( 1 master room, 1 medium room, 1 closet )

- 3 bilik air

- 2 unit penghawa dingin

- 1 set sofa

- televisyen dengan sambungan astro

- Meja makan untuk 6 orang

- Peti ais kecil

- Pemanas air (water heater)


Harga : Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut. :-)


Sangat sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan inginkan keselesaan.

Kepada mereka yang ingin bersanggar untuk majlis perkahwinan dan pertunangan juga saya sangat
alu-alukan.

RINA'S HOMESTAY juga sangat berdekatan dengan Bandar Mersing.

Saya akan upload gambar dan update gambar ruangan dalam RINA'S HOMESTAY dalam page facebook Rina's Homestay. Page itu masih dalam proses pembaikan. Harap bersabar ya :-)

Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya melalui nombor signboard dalam gambar di atas.

Hanya yang berkeluarga dan sudah berkahwin sahaja dibenarkan menyewa ya :-)

Harap maklum.


Hak Cipta Terpelihara,
Rina's












Monday, September 30, 2013

Makcik Pencuri

Assalammualaikum...


Salam sayang, salam bahagia, dan juga salam keceriaan kepada semua blogger, penulis, dan juga pembaca blog tegar :-) senyum sikit.

Isnin adalah hari yang semua orang mempunyai mood yang saya rasakan sangat kurang baik untuk bekerja. Tetapi kita perlu hadapi juga untuk mencari sesuap nasi atau rezeki untuk diri sendiri dan keluarga. Ibaratnya begitu kerana kedengarannya agak teruk. Sekarang semua orang berjawatan tinggi dan juga bergaji besar. Mungkin untuk mencari sesuap nasi itu agak kritikal bunyinya. Kita mungkin tidak tahu di ceruk-ceruk kampung ada insan yang sangat susah dan ada yang mencari rezeki untuk sesuap nasi. Tonton sahaja BERSAMAMU di TV3. Sangat menginsafkan saya kerana ada yang lebih sukar hidupnya dari itu. Hanya Allah sahaja yang tahu.

ZAMAN SEKARANG  DEPAN MATA PUN BOLEH MENCURI. Highlight.

Takziah kepada sahabat baik saya yang baru sahaja mengalami peristiwa genting begini. Segala kad identiti diri, kad bank, telefon bimbit, dan wang hilang dalam sekelip mata. Perkara yang dia tidak sangka-sangka berlaku. Kaku sekejap. 

Peristiwa ini berlaku di dalam masjid Sultan Abu Bakar di Johor Bahru. Di tempat suci rumah Allah pun boleh terjadi inikan pula di tempat lain. Memang dunia sudah mendekati kiamat. Subhanallah.

Sangat mendukacitakan yang melakukan perkara begini adalah seorang makcik yang berumur 40-an. Pada awalnya sahabat saya ini bertegur sapa dengan makcik itu yang berada berdekatan dengannya sebelum menunaikan solat. Makcik itu berbaring berdekatan dengan begnya.

Seusai sahaja sahabat saya ini mengambil wudhuk, makcik itu sudah lesap entah ke mana bersama-sama dengan beg sahabat saya. Terkejut dia kerana tidak menyangka yang makcik itu telah mencuri begnya. Sahabat saya ini terus membuat laporan polis di balai berdekatan.

Sahabat saya ini sangat terkilan kerana niatnya untuk bertegur sapa dengan makcik itu membawa musibah padanya. Makcik itu mengambil kesempatan di atas keramahannya.

Apa pun semua telah berlaku. Makcik itu tidak dapat dikesan. Hanya doa dan redha sahaja yang menjadi kekuatannya. 

Ada hikmah di atas apa yang berlaku. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Segalanya adalah hanya pinjaman semata. Tiada Apa yang kekal di atas muka bumi ini.

Saya doakan semoga makcik itu mendapat hidayah dan diberi kesedaran dengan apa yang dilakukan. Kita berprasangka baik sahaja padanya. Kemungkinan makcik ini mencari sesuap nasi dengan cara yang begini. Wallahualam. 


Menulis dengan jiwa,
Rina's

Tahun 2019