Saturday, July 13, 2013

RAMADHAN KEMBALI



Assalammualaikum...

Berjumpa kembali kita di bulan yang penuh rahmat dan barakah ini. Bulan yang penuh dengan pahala dan pintu syurga semua di buka bagi sesiapa yang mahu mendapatkannya.

Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana Ramadhan kali ini saya menyambut puasa bersama suami tercinta. Ini semua pemberian tuhan yang tidak ternilai untuk saya. Nikmat Allah yang mana lagi yang mahu kita dustakan. Syukur Ya Allah.

Tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Berpuasa bagi semua kaum muslimin dan muslimat yang beragama Islam di seluruh negara.

Apakah azam kita pada kali ini?

Saya harap setiap dari kita mempunyai azam yang baik-baik bukan sahaja untuk bulan Ramadhan ini tetapi juga untuk selamanya.

Apa yang penting di dalam bulan yang penuh dengan pahala ini, marilah sama-sama kita bertadarus Al-Quran  sebanyak mana yang boleh. Kurangkan bercakap perkara yang bukan-bukan lebihkan membaca untuk mengelakkan kita bercakap berlebihan.

BERTARAWEH JUGA JANGAN DILUPAKAN :-)


KEMBALI BELAJAR

Tahniah kepada adik saya yang ke-4 ( Syufri Bin A.Samad ) kerana dapat melajutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda Undang-undang.

Semoga cita-cita dan impianmu untuk menjadi seorang peguam yang adil dapat digapai dan dimakbulkan. IN SHAA ALLAH.

Jangan bersedih kerana berjauhan dengan keluarga kerana menuntut ilmu itu lebih penting dan wajib bagi setiap manusia.

Gapailah impianmu dengan hati yang ikhlas dan gembira. Semoga segalanya terlaksana dengan baik.
SEMOGA SUCCESS SELALU...ALWAYS LOVE U MORE!!!

Tahun 2019