Saturday, February 16, 2013

BUKAN PENGHALANG

Setiap manusia pasti berkeinginan untuk BERJAYA dan LEBIH BERJAYA.

Tetapi apa yang menjadi penghalang adalah orang sekeliling yang banyak memberikan kata-kata negatif sehingga orang yang bercita-cita ini tidak lagi mempunyai semangat untuk meneruskan impian mereka.

Selalunya perkara begini berlaku kepada mereka yang mahu memulakan langkah untuk bekerja sendiri. Mereka ini mempunyai minat atau hobi yang sangat kuat untuk melakukan sesuatu sehingga boleh menjana pendapatan sendiri tanpa menyusahkan orang lain.

TETAPI...

Banyak faktor yang menjadi penghalang kepada mereka ini.

Faktor yang menjadi penghalang itu yang dapat saya lihat ialah :

1. Orang sekeliling tidak memberikan keyakinan yang kuat.

2. Banyak bersangka yang bekerja sendiri akan merugikan.

3. Melemahkan semangat dengan kata-kata yang negatif.

4. Bersangka orang yang bekerja sendiri tidak mendatangkan pendapatan yang lumayan.

5. Perlu menggunakan modal yang banyak.

6. Bersangka bekerja sendiri tiada manfaat.

Sebahagian daripada faktor inilah yang menyebabkan mereka yang BERCITA-CITA tadi akan terkubur hasratnya untuk meneruskan apa yang mereka ingin capai.

Hanya orang yang bekerja sendiri akan berasa susah dan senang itu. 

Jadi, kepada mereka yang ingin bekerja sendiri perlu mempunyai mentaliti yang sangat kuat supaya tidak cepat terpengaruh dengan situasi-situasi di atas yang saya sebut tadi.

JANGAN CEPAT PATAH SEMANGAT!

Ramai sudah USAHAWAN dan JUTAWAN yang tidak mempunyai pelajaran yang tinggi mampu berjaya dengan BEKERJA SENDIRI.

- Saya sebagai seorang USAHAWAN wanita, terus menyokong dan memberi semangat kepada anda yang mahu bekerja sendiri (semangat untuk diri saya juga). Teruskan niat dan usaha anda. REZEKI tidak akan datang bergolek jika kita terus  berdiam diri dan hanya mendengar kata-kata yang negatif begini.

Apa yang perlu niat mesti dibetulkan dahulu. InsyaAllah. REZEKI di bumi Allah ini sungguh luas. Hanya untuk kita gali sahaja.

Teruskan langkah anda. Setiap titik peluh anda mencari rezeki dikira sebagai pahala.

Apa yang lebih utama pekerjaan kita mestilah HALAL.

FOKUS LEBIH BERJAYA. CEMERLANG DUNIA AKHIRAT.







Friday, February 15, 2013

PERKARA TAK DI DUGA

Tarik nafas panjang saya beristighfar...

Saya baru dapat kekuatan untuk menulis hari ini tentang perkara semalam yang berlaku di depan mata saya sendiri.

Semalam emosi saya sungguh tidak stabil selepas melihat perkara itu. Saya perlu bertenang dahulu sebelum dapat mencoretkan perkara ini.

Petang semalam setelah habis kerja saya berjalan-jalan di bandar Mersing seperti biasa. Pusing-pusing merehatkan minda setelah satu hari sibuk dengan tugasan harian.

Dalam saya pusing-pusing berjalan dengan kelajuan kereta yang sangat perlahan...

SESUATU YANG TIDAK DISANGKA...

Ada beberapa buah kereta berderet seperti biasa di atas jalanraya yang begitu sibuk. Saya agak pelik dengan sebuah kereta ini yang tidak bergerak setelah kereta hadapannya bergerak ke hadapan.

Saya perhatikan sahaja kereta itu jikalau ada kerosakan yang berlaku.

Saya melihat dengan kereta saya yang agak perlahan, saya tengok orang yang berada di dalam kereta itu.

Astaghfirullah...

Rupa-rupanya, apa yang saya nampak ialah seorang lelaki sedang memukul seorang wanita dengan agak bertalu-talu di dalam kereta itu.

Berderau darah saya...

Tetapi saya tidak nampak begitu jelas siapakah orangnya kerana pada masa itu saya berada di sebelah jalan yang bertentangan dengan kereta tadi.

Saya agak memang lelaki itu memukul wanita itu begitu teruk kerana kereta yang dinaiki bergegar dek kerana kelakuan itu. Kereta yang belakang sudah berderet menunggu kereta itu bergerak.

Sampai di sini sahaja yang dapat saya tuliskan...

ANDA SEMUA FAHAM SENDIRILAH....




Wednesday, February 13, 2013

KITA USAHA ORANG KRITIK

Pernah terjadi suatu ketika, saya belum berada di tahap yang sekarang. Saya tidak kata saya telah berjaya tetapi ada peningkatan dalam MENGURUS NILAI HIDUP sekarang. Alhamdulillah. Mudah-mudahan usaha ini berterusan.

Suatu ketika.... selepas habis belajar.

Saya sangat akui bahawa saya bukan  seorang yang pandai dalam dunia komputer. Sehingga ramai yang mengkritik dalam usaha saya untuk belajar di peringkat awal. Tidak kurang juga ada yang mencemuh.

"BENDA YANG SENANG TAK KAN TAK TAHU" kata mereka. 

Tindakan saya adalah berdiam diri dengan kata-kata mereka. Walaupun ada perasaan sedih dan begitu terasa ketika itu.

Tetapi keinginan dan semangat saya terlalu kuat untuk belajar dan belajar. 

Saya masih ingat TEKAD saya pada masa itu adalah untuk lebih berjaya daripada mereka yang mengata saya itu. 

Dalam diam saya mencari pakar komputer yang tahu serba serbi. Saya belajar dari awal sehinggalah di peringkat yang kritikal. Saya belajar juga secara online untuk menambahkan lagi ilmu yang ada. Saya tidak kisah apa yang mereka hendak kata atau perlekehkan. Yang penting SAYA DAPAT APA YANG SAYA MAHU.

Tidak kurang juga ada yang kedekut ilmu...huhuhu. Itu perkara yang paling lucu pada saya kerana ilmu yang mereka ada tidak mahu dikongsikan. Sangat sayang sekali. Saya tidak salahkan mereka. Itu dugaan dan cabaran pada saya. 

Sehinggalah sekarang saya masih terus belajar walaupun sudah dapat APA YANG SAYA MAHUKAN ITU. Ilmu tidak pernah habis jika kita terus menuntut.

Malah saya terus mencuba dan berusaha untuk belajar perkara yang baru. Sehingga boleh MENAMBAH NILAI HIDUP pada orang lain dalam erti kata lain boleh membantu dan menolong mereka yang memerlukan dengan cara bekerjasama dalam apa jua bentuk perniagaan.

Bak kata pepatah :
" JANGAN BERIKAN IKAN YANG TELAH DIPANCING, TETAPI BERILAH BATANG PANCING KEPADA MEREKA SUPAYA MEREKA DAPAT PANCING SEBERAPA BANYAK PUN IKAN".

Biarlah mereka bercakap atau berkata apa yang kita buat dan usahakan. Kerana mereka tidak akan dapat apa-apa pun kecuali LETIH. Kita teruskan dengan usaha kita. 

InsyaAllah ianya akan berhasil walaupun sedikit.

Sehingga sekarang saya sangat suka ORANG KRITIK saya kerana itu menandakan orang itu saya mengambil berat tentang diri kita dan saya akan ambil kritikan itu sebagai penanda aras untuk saya terus MAJU DAN BERJAYA.

Berdoa semoga USAHA KITA DIBERKATI DAN DIRAHMATI ALLAH. Amin.












FITRAH MANUSIA



GAMBAR HIASAN


FITRAH MANUSIA hendak tahu semua perkara yang BURUK atau BAIK.

Huh! sangat panas apabila saya hendak menulis coretan ini.

Setiap manusia pasti ada sifat 'MENYIBUK'.

Jika menyibuk tentang perkara yang baik itu bagus tetapi jika menyibuk perkara yang tidak baik itu JANGAN KITA IKUT.

Hal ini berlaku di sekeliling saya juga. Sangat banyak sehingga boleh menjadi kudis. Kita kadangkala tidak perasan atau buat-buat tidak nampak perkara sebegini.

Apabila sudah menyibuk maka timbullah fitnah-fitnah yang berleluasa. Saya sungguh tidak gemar situasi yang begini kerana ia akan mendatangkan aura yang negatif pada saya. 

Kadangkala apabila datang seseorang pada saya untuk menyampaikan sesuatu yang kurang baik tentang seseorang, saya tidak tahu sama ada saya mahu mendengar atau tidak. Jika tidak mendengar akan mengecilkan hati orang yang menyampaikan itu pula. 

Jadi saya nasihatkan atau sarankan apabila berlakunya situasi yang begini, boleh jika hendak mendengar tetapi kita jangan pula menjadi batu api yang akan membuatkan fitnah itu bertambah besar. Hanya mendengar dan buangkannya selepas itu.

Sebenarnya perkara itu kecil sahaja tetapi ada pula orang yang terlebih pandai 'BERSASTERA' menyibuk hal itu akan menjadi sebuah cerita yang sangat sedap didengar.

JIKA KITA YANG TERKENA BEGITU, BAGAIMANAKAH PERASAAN KITA???..

Elakkan.Elakkan.Elakkan.


Monday, February 11, 2013

NUKILAN JIWA?

Mengapa saya letak nama blog ini NUKILAN JIWA? 

Macam blog penulis novel kan. :-)

Kerana saya tidak mahu terlalu fokus pada satu perkara sahaja. Saya hendak menulis mengikut kehendak dan citarasa saya.

Tabiat saya suka melihat dan memandang situasi sekeliling saya. Nampak macam biasa tetapi ada yang perlu saya ambil sebagai iktibar, pengajaran, atau sebagai satu kekuatan dan semangat untuk menghadapi hidup sehari-hari. Tetapi bukan berkhayal atau termenung ya. Itu bukan sesuatu yang bagus untuk kesihatan. Akan menambahkan lagi jerawat-jerawat yang memang sudah sedia ada.

Jika tidak menulis di sini pun saya akan menulis di atas kertas ataupun di dalam telefon pintar saya. Untuk apa beli 'phone' yang canggih jika kita tidak tahu menggunakan sepenuhnya aplikasi yang ada. Cuma telefon pintar ini kekurangannya cepat habis bateri dan perlu ada 'cover' bateri yang lain. Jika begitu sudah tentu terbantut untuk saya menulis. Buku kosong juga yang paling sesuai untuk menulis sebanyak mana pun kita mahu.

Apabila saya sudah menulis saya belum rasa puas selagi saya tidak dapat berkongsi dengan seseorang. Baik perkara yang 'happy' atau perkara yang kurang 'best'. Cumanya perkara yang terlalu peribadi perlulah disimpan sendiri sebaiknya agar menjadi HAK CIPTA TERPELIHARA. :-)

Blog saya ini juga hanya sebagai satu medium untuk saya berkarya dan bercerita. Bukan untuk perkara yang terlalu serius seperti penulis blog yang lain yang sudah menempa nama dan yang sudah mendapat pengiktirafan serta mendapat pulangan yang lumayan menerusi blog sahaja. Maknanya saya perlu banyak belajar cara menulis yang bagus untuk membuatkan pembaca blog tidak jemu dan akan terus menanti 'post' dari kita. 

Apa pun terima kasih sekali lagi kepada yang sudi membuka blog saya ini dan membaca 'post' saya. Baru dua hari saya buka akaun blog ini, pengunjung semakin bertambah. Ini permulaan yang baik untuk saya terus melangkah dengan 'SENYAP, BUKAN BERCAKAP'. 

'KEEP IN TOUCH' :-)
'WRITE AND READ'.




Sunday, February 10, 2013

TAHUN BARU BLOG BARU

Sepertimana sahabat-sahabat saya semua tahu yang saya mempunyai blog sudah sekian lama tetapi blog itu sudah tidak boleh digunakan lagi. Saya pun tidak tahu mengapa, apabila saya buka akaun blog saya yang lama semua gambar-gambar di dalam blog hilang. Tiada satu gambar pun yang tinggal. 
Sedih juga kerana blog lama itu sudah lama saya gunakan dan banyak sudah post yang saya tulis. 

Saya berusaha untuk 'repair' blog yang lama tetapi tidak berjaya. Saya fikir lebih baik buka yang baru sahaja menggunakan email yang lama kerana untuk 'repair' semula blog yang lama akan mengambil masa juga. Inilah hasil blog baru saya. Kawan-kawan jangan terkejut ya kerana saya baru sahaja buka akaun blog ini. Banyak lagi yang perlu saya masukkan. 

Lagipun biarlah blog saya ini berwajah baru mengikut tahun yang baru. Saya akan menampilkan post yang menarik dan segar selepas ini. Saya akan cuba meluangkan masa untuk menulis, menulis, dan menulis. 

Walaupun saya tidaklah mahir sangat untuk menulis dengan bahasa sastera, sekurang-kurangnya saya ada sedikit semangat untuk memperbaiki mutu tulisan walaupun dengan gaya yang 'sempoi'.

Selamat mengunjungi blog saya! Terima kasih. :-)


HASIL ILMU

Hari ini saya berpeluang untuk menghadiri majlis Maulidurrasul yang bertempat di Taman Wawasan Mersing. Penceramah jemputan ialah Tuan Qadi Mersing iaitu Ustaz Mohd Nasri. Dengan cuaca yang sejuk-sejuk gerimis saya tetap bersemangat untuk datang di samping dapat makan secara berdulang. Sesekali sahaja dapat merasai suasana dan peluang begini.

Banyak ilmu dan hasil yang saya dapat daripada ceramah yang disampaikan. Berbekalkan telefon pintar saya ini, saya berusaha untuk 'download' aplikasi yang boleh menaip nota yang panjang. Saya mesti tulis apa yang saya dengar untuk ingatan saya sendiri. Hari ini saya hendak berkongsi apa yang saya tulis dan dapat daripada ceramah tadi dalam blog ini. Agar kita sama-sama dapat menyampaikan ilmu yang bermanfaat.

Hasil ceramah yang dapat saya tulis:

1. Bersihkan hati kita sepertimana Allah membersihkan hati nabi (s.a.w).

2. Hati yang penat akan merosakkan jiwa kita contohnya merungut di atas apa jua pemberian tuhan.

3. Jangan banyak mengeluh dengan takdir yang ditentukan tuhan.

4. Banyakkan selawat dalam apa jua keadaan boleh melembutkan / melegakan hati yang sedang marah.

5. Buatlah perkara-perkara yang boleh mendidik hati.

6. Solat dengan sepenuh hati dan khusyuk untuk mencegah segala keburukan dan kejahatan hati.

7. Jangan terlalu memberi hati kita sangat-sangat kepada manusia melebihi hati kita dengan tuhan kerana manusia akan mengecewakan dan tidak akan kekal selamanya.

8. Banyak lakukan perkara-perkara sunat kerana Allah sangat suka.

9. Hiburkan hati dengan solat wajib dan sunat.

10. Buat sesuatu perkara bermula dengan niat yang baik.

11. Banyakkan latihan membaca quran dan lebihkan ilmu Allah.

12. Terima qada' qadar tuhan dengan hati yang ikhlas.

13. Berusaha cara yang terbaik untuk menyembah Allah.

14. Terima seadanya apa yang Allah beri dan tentukan.

15. Berusaha memperbaiki akhlak dan nilai baik sesama manusia.

*Bermula dengan sedikit lama-lama akan menjadi kebiasaan. InsyaAllah.










Tahun 2019