Wednesday, February 20, 2013

JANGANLAH PANDANG BELAKANG

SEDIH. KECEWA. HAMPA.

Perkataan begini selalu sangat berlaku dalam kehidupan kita. Saya sendiri juga pernah mengalaminya, Sangat sakit, sangat pedih, dan sangat mendukacitakan ( touching lah pulak ).

Kalau dibiarkan dengan diri sendiri boleh rebah, Huh! 

Itu pun nak cerita ke!!!! 
(Suka hati saya lah nak cerita apa pun, yang penting saya yang tulis, tak susahkan awak pun)
Marah la pulak. Hehehe.

Selagi kita hidup di bumi Allah ini dan selagi kita berhubung dengan manusia, selagi itu lah kita akan menghadapi situasi di atas. 

Tetapi....

Itu bukan alasan untuk kita sentiasa menyalahkan apa yang berlaku. Apa yang perlu kita lakukan adalah BANGUN DARIPADA KESEDIHAN ITU

Biarkan kesedihan dan kekecewaan itu berlalu pergi. JANGAN KITA KESALI kerana setiap perkara itu ada HIKMAH dan SEBAB di sebaliknya yang kita tidak tahu. Fikirkan yang positif dan buat perkara yang menggembirakan hati kita. Jangan terlalu fikirkan mereka yang selalu membuat masalah dengan kita.

"BIARKAN MEREKA DENGAN DUNIA MEREKA"

Jangan pandang ke belakang lagi. Jadikan perkara yang lepas sebagai kenangan dan pendorong untuk kita lebih berjaya dan berusaha menjadi HAMBA ALLAH yang lebih dekat denganNYA. 

Jadikan masa sekarang sebagai PENDORONG untuk kita lebih maju di masa hadapan. 

INGAT!!!

Allah sentiasa bersama kita. Mengadulah padaNYA. Dia lagi Maha Mengetahui apa yang kita rasa dan inginkan. 

"SEBAIK MANA PUN MANUSIA TETAP ADA KHILAFNYA"
( BERINGATLAH )








Tuesday, February 19, 2013

BONGKAR KEMAHIRAN DIRI

Bayak sudah kita di "SUMBAT" kan dengan ceramah - ceramah motivasi, seminar kejayaan, kaunseling, dan juga siaran - siaran berbentuk ilmiah. Semua ini adalah untuk menjadikan kita berubah ke arah yang lebih bagus dan luar biasa bagus ( pinjam kata - kata Dr. Fazilah Kamsah).

TETAPI....

Apa yang dikesalkan kita tetap hanya mendengar dan terus mendengar tanpa mengambil sedikit pun MUTIARA yang tersembunyi di dalamnya.

Sifat manusia adalah "PEMALU'.

"PEMALU BAGUS DAN PEMALU TIDAK BAGUS"

Saya tidak mahu menerangkan tentang sifat pemalu ini kerana saya bukan pakar motivasi atau pakar psikologi. Saya hanya menulis dan menulis mengikut apa yang saya lihat (JANGAN MARAH SAYA).

Saya juga ada sifat pemalu ini dan boleh dikatakan teramat malu. Dari awal persekolahan saya memang pemalu. Hendak bercakap mengeluarkan patah ayat pun susah. Kalau ada pun perlahan. (HANYA MEREKA YANG MENGENALI SAYA SAHAJA TAHU).

Sekarang sudah lain. Saya tidak pemalu seperti dahulu. 

Sahabat saya agak terkejut dengan perubahan saya sekarang. Dia kata dahulu saya seorang yang PENDIAM dan PEMALU. Hendak bercakap sepatah pun payah. :-) KREDIT KEPADA SAHABAT SAYA ITU.

Kenapa? Bagaimana?

Semua atas faktor PEKERJAAN.

Apabila saya bekerja sendiri, saya tidak boleh tidak bercakap kerana akan merugikan BISNES yang saya buat dan saya perlu kurangkan sifat PEMALU saya itu. Sifat itu akan membuatkan pelanggan yang berurusan dengan saya akan hilang kepercayaan.

Jadi saya perlu korbankan sifat saya itu sedikit demi sedikit untuk melangkah dengan lebih jauh di dalam bidang perniagaan.

"PADA AWALNYA SAYA BUKAN ORANG BISNES DAN TIDAK PANDAI BISNES"

Tetapi dengan bermulanya satu bisnes, saya sudah mula nampak cabang bisnes yang lain yang berkaitan juga dengan bisnes sendiri. SAYA CUBA DAN CUBA.

PERNAH JUGA "GIVE UP' dan "RUGI' agak beribu ringgit. Saya kuatkan juga semangat untuk teruskan apa yang saya hendak buat. 

"BIAR RUGI SEKARANG, UNTUNG KEMUDIAN".

Mencipta apa yang saya suka buat dan jadikan ia satu pekerjaan dan keuntungan. 

"BERANIKAN DIRI DENGAN APA JUA HALANGAN"

Asalkan kita puas hati dengan pekerjaan itu dan memberi kepuasan juga kepada pelanggan.

Untuk menjayakan lagi apa yang kita buat. Carilah kawan-kawan yang sama minat dan hobi dengan kita. Dari situ kita boleh bekerjasama dan BERKONGSI IDEA dengan mereka. Kumpul idea-idea mereka menjadi satu FOLIO yang bagus. 

BERSAHABAT DAN BERCERITALAH DENGAN ORANG YANG BERILMU DALAM APA JUA BIDANG. JANGAN HABISKAN MASA BERBORAK KOSONG SAHAJA YA.













Tahun 2019