Tuesday, February 19, 2013

BONGKAR KEMAHIRAN DIRI

Bayak sudah kita di "SUMBAT" kan dengan ceramah - ceramah motivasi, seminar kejayaan, kaunseling, dan juga siaran - siaran berbentuk ilmiah. Semua ini adalah untuk menjadikan kita berubah ke arah yang lebih bagus dan luar biasa bagus ( pinjam kata - kata Dr. Fazilah Kamsah).

TETAPI....

Apa yang dikesalkan kita tetap hanya mendengar dan terus mendengar tanpa mengambil sedikit pun MUTIARA yang tersembunyi di dalamnya.

Sifat manusia adalah "PEMALU'.

"PEMALU BAGUS DAN PEMALU TIDAK BAGUS"

Saya tidak mahu menerangkan tentang sifat pemalu ini kerana saya bukan pakar motivasi atau pakar psikologi. Saya hanya menulis dan menulis mengikut apa yang saya lihat (JANGAN MARAH SAYA).

Saya juga ada sifat pemalu ini dan boleh dikatakan teramat malu. Dari awal persekolahan saya memang pemalu. Hendak bercakap mengeluarkan patah ayat pun susah. Kalau ada pun perlahan. (HANYA MEREKA YANG MENGENALI SAYA SAHAJA TAHU).

Sekarang sudah lain. Saya tidak pemalu seperti dahulu. 

Sahabat saya agak terkejut dengan perubahan saya sekarang. Dia kata dahulu saya seorang yang PENDIAM dan PEMALU. Hendak bercakap sepatah pun payah. :-) KREDIT KEPADA SAHABAT SAYA ITU.

Kenapa? Bagaimana?

Semua atas faktor PEKERJAAN.

Apabila saya bekerja sendiri, saya tidak boleh tidak bercakap kerana akan merugikan BISNES yang saya buat dan saya perlu kurangkan sifat PEMALU saya itu. Sifat itu akan membuatkan pelanggan yang berurusan dengan saya akan hilang kepercayaan.

Jadi saya perlu korbankan sifat saya itu sedikit demi sedikit untuk melangkah dengan lebih jauh di dalam bidang perniagaan.

"PADA AWALNYA SAYA BUKAN ORANG BISNES DAN TIDAK PANDAI BISNES"

Tetapi dengan bermulanya satu bisnes, saya sudah mula nampak cabang bisnes yang lain yang berkaitan juga dengan bisnes sendiri. SAYA CUBA DAN CUBA.

PERNAH JUGA "GIVE UP' dan "RUGI' agak beribu ringgit. Saya kuatkan juga semangat untuk teruskan apa yang saya hendak buat. 

"BIAR RUGI SEKARANG, UNTUNG KEMUDIAN".

Mencipta apa yang saya suka buat dan jadikan ia satu pekerjaan dan keuntungan. 

"BERANIKAN DIRI DENGAN APA JUA HALANGAN"

Asalkan kita puas hati dengan pekerjaan itu dan memberi kepuasan juga kepada pelanggan.

Untuk menjayakan lagi apa yang kita buat. Carilah kawan-kawan yang sama minat dan hobi dengan kita. Dari situ kita boleh bekerjasama dan BERKONGSI IDEA dengan mereka. Kumpul idea-idea mereka menjadi satu FOLIO yang bagus. 

BERSAHABAT DAN BERCERITALAH DENGAN ORANG YANG BERILMU DALAM APA JUA BIDANG. JANGAN HABISKAN MASA BERBORAK KOSONG SAHAJA YA.













No comments:

Post a Comment

Tahun 2019