Saturday, February 16, 2013

BUKAN PENGHALANG

Setiap manusia pasti berkeinginan untuk BERJAYA dan LEBIH BERJAYA.

Tetapi apa yang menjadi penghalang adalah orang sekeliling yang banyak memberikan kata-kata negatif sehingga orang yang bercita-cita ini tidak lagi mempunyai semangat untuk meneruskan impian mereka.

Selalunya perkara begini berlaku kepada mereka yang mahu memulakan langkah untuk bekerja sendiri. Mereka ini mempunyai minat atau hobi yang sangat kuat untuk melakukan sesuatu sehingga boleh menjana pendapatan sendiri tanpa menyusahkan orang lain.

TETAPI...

Banyak faktor yang menjadi penghalang kepada mereka ini.

Faktor yang menjadi penghalang itu yang dapat saya lihat ialah :

1. Orang sekeliling tidak memberikan keyakinan yang kuat.

2. Banyak bersangka yang bekerja sendiri akan merugikan.

3. Melemahkan semangat dengan kata-kata yang negatif.

4. Bersangka orang yang bekerja sendiri tidak mendatangkan pendapatan yang lumayan.

5. Perlu menggunakan modal yang banyak.

6. Bersangka bekerja sendiri tiada manfaat.

Sebahagian daripada faktor inilah yang menyebabkan mereka yang BERCITA-CITA tadi akan terkubur hasratnya untuk meneruskan apa yang mereka ingin capai.

Hanya orang yang bekerja sendiri akan berasa susah dan senang itu. 

Jadi, kepada mereka yang ingin bekerja sendiri perlu mempunyai mentaliti yang sangat kuat supaya tidak cepat terpengaruh dengan situasi-situasi di atas yang saya sebut tadi.

JANGAN CEPAT PATAH SEMANGAT!

Ramai sudah USAHAWAN dan JUTAWAN yang tidak mempunyai pelajaran yang tinggi mampu berjaya dengan BEKERJA SENDIRI.

- Saya sebagai seorang USAHAWAN wanita, terus menyokong dan memberi semangat kepada anda yang mahu bekerja sendiri (semangat untuk diri saya juga). Teruskan niat dan usaha anda. REZEKI tidak akan datang bergolek jika kita terus  berdiam diri dan hanya mendengar kata-kata yang negatif begini.

Apa yang perlu niat mesti dibetulkan dahulu. InsyaAllah. REZEKI di bumi Allah ini sungguh luas. Hanya untuk kita gali sahaja.

Teruskan langkah anda. Setiap titik peluh anda mencari rezeki dikira sebagai pahala.

Apa yang lebih utama pekerjaan kita mestilah HALAL.

FOKUS LEBIH BERJAYA. CEMERLANG DUNIA AKHIRAT.







No comments:

Post a Comment

Tahun 2019