Monday, August 26, 2013

Musibah Nikmat

Di bulan Syawal ini, baru saya dapat membuka laman blog dan mahu berkongsi sesuatu yang baru. Sebelum itu, tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf jika tulisan atau patah perkataan yang saya tulis selama ini  menyinggung hati mana-mana pihak. Itu adalah di luar kawalan saya dan juga perkara yang tidak saya sengajakan. Apa pun terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya ini. :-)

Berbalik semula kepada apa yang saya hendak kongsikan di sini. Sabar menunggu ya!

Dalam kemeriahan kita berhari raya pasti ada perkara-perkara yang berlaku di persekitaran dan di sekeliling kita. 

Saya mahu berkongsi cerita tentang perjalanan saya bersama keluarga daripada pulang berhari raya di rumah pakcik saudara saya.

Dalam perjalanan balik daripada Johor Bahru, tiba-tiba ibu saya terasa mahu membuang hajat. Ayah saya selaku pemandu mencari-cari stesen minyak yang berhampiran. Pada masa itu kami masih berada di highway. Jadi agak jauh juga stesen minyak di situ. Apabila sudah jumpa stesen minyak, kami pun berhenti. Ibu saya tanpa menunggu terus turun dari kereta dan meluru ke bilik air. Tetapi malangnya bilik air di situ tiada air. Ibu saya tidak jadi mahu membuang hajatnya. Kami pun tanpa menunggu lama terus berlalu meninggalkan stesen minyak itu.

Setengah jam kemudian, tiba-tiba ibu saya bersuara bertanyakan telefon bimbitnya. Ibu saya tercari-cari di dalam begnya dan juga di tempat duduk di mana beliau letak telefon bimbit, Tetapi setelah puas dicari langsung tidak terjumpa. Bila di cari-cari baru ibu saya teringat yang telefon bimbitnya diletakkan di atas riba sebelum beliau turun membuang hajat sebelum itu.

Kami semua apa lagi tercengang-cengang dan terus terfikir perkara yang tidak diingini telah berlaku.

Dan...

Seperti yang kami jangka telefon bimbit ibu saya terjatuh dari ribaannya semasa beliau hendak turun dari kereta.

Apalagi..

Kami pun bergegas ke tempat kejadian itu semula dengan kelajuan 160. Tetapi apakan daya sudah nama tiada rezeki. Kami mencari di merata tempat dan bertanya pada sesiapa yang berada di situ. Semua jawapan sangat menghampakan. Apabila kami hubungi semula telefon bimbit ibu saya, suara operator telefon yang kedengaran menandakan yang telefon sudah ditutup.

Ayah saya terus bergegas telefon CELCOM untuk menutup 'line' ibu saya agar si pemakai tidak dapat menggunakan telefon itu dengan sewenangnya.

Apa yang menariknya selepas itu kami boleh berbincang bagaimana mahu membuat 'security' pada telefon bimbit masing-masing supaya apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini, telefon bimbit dapat dikesan di mana ia berada dan juga si pencuri tidak dapat membuka kata laluan yang kita gunakan.

Sesiapa yang mengetahui cara untuk memasang 'security' di telefon bimbit boleh berkongsi ilmu dengan saya. :-) pertolongan anda amat saya hargai.

Kini Samsung S3 berada dalam genggaman.

Coretan : RINA'S


Tahun 2019