Wednesday, February 13, 2013

KITA USAHA ORANG KRITIK

Pernah terjadi suatu ketika, saya belum berada di tahap yang sekarang. Saya tidak kata saya telah berjaya tetapi ada peningkatan dalam MENGURUS NILAI HIDUP sekarang. Alhamdulillah. Mudah-mudahan usaha ini berterusan.

Suatu ketika.... selepas habis belajar.

Saya sangat akui bahawa saya bukan  seorang yang pandai dalam dunia komputer. Sehingga ramai yang mengkritik dalam usaha saya untuk belajar di peringkat awal. Tidak kurang juga ada yang mencemuh.

"BENDA YANG SENANG TAK KAN TAK TAHU" kata mereka. 

Tindakan saya adalah berdiam diri dengan kata-kata mereka. Walaupun ada perasaan sedih dan begitu terasa ketika itu.

Tetapi keinginan dan semangat saya terlalu kuat untuk belajar dan belajar. 

Saya masih ingat TEKAD saya pada masa itu adalah untuk lebih berjaya daripada mereka yang mengata saya itu. 

Dalam diam saya mencari pakar komputer yang tahu serba serbi. Saya belajar dari awal sehinggalah di peringkat yang kritikal. Saya belajar juga secara online untuk menambahkan lagi ilmu yang ada. Saya tidak kisah apa yang mereka hendak kata atau perlekehkan. Yang penting SAYA DAPAT APA YANG SAYA MAHU.

Tidak kurang juga ada yang kedekut ilmu...huhuhu. Itu perkara yang paling lucu pada saya kerana ilmu yang mereka ada tidak mahu dikongsikan. Sangat sayang sekali. Saya tidak salahkan mereka. Itu dugaan dan cabaran pada saya. 

Sehinggalah sekarang saya masih terus belajar walaupun sudah dapat APA YANG SAYA MAHUKAN ITU. Ilmu tidak pernah habis jika kita terus menuntut.

Malah saya terus mencuba dan berusaha untuk belajar perkara yang baru. Sehingga boleh MENAMBAH NILAI HIDUP pada orang lain dalam erti kata lain boleh membantu dan menolong mereka yang memerlukan dengan cara bekerjasama dalam apa jua bentuk perniagaan.

Bak kata pepatah :
" JANGAN BERIKAN IKAN YANG TELAH DIPANCING, TETAPI BERILAH BATANG PANCING KEPADA MEREKA SUPAYA MEREKA DAPAT PANCING SEBERAPA BANYAK PUN IKAN".

Biarlah mereka bercakap atau berkata apa yang kita buat dan usahakan. Kerana mereka tidak akan dapat apa-apa pun kecuali LETIH. Kita teruskan dengan usaha kita. 

InsyaAllah ianya akan berhasil walaupun sedikit.

Sehingga sekarang saya sangat suka ORANG KRITIK saya kerana itu menandakan orang itu saya mengambil berat tentang diri kita dan saya akan ambil kritikan itu sebagai penanda aras untuk saya terus MAJU DAN BERJAYA.

Berdoa semoga USAHA KITA DIBERKATI DAN DIRAHMATI ALLAH. Amin.












No comments:

Post a Comment

Tahun 2019