Monday, November 17, 2014

Gundah Di Hati Perempuan

Assalammualaikum...

Salam mahabbah kepada pengunjung blog saya sama ada yang memang ikuti blog saya sejak mula saya menulis atau pun yang hanya sekadar menjengah. Diharapkan semoga kita beroleh ketenangan dalam mencari redha dan rahmat Allah. Jika kusut atau serabut cepat-cepat kita beristighfar. Semoga apa yang kita lalui mendapat keringanan daripada masalah yang dihadapi.

Saya juga manusia biasa yang sangat kerdil yang tidak dapat lari daripada kesibukan masa. Blog saya ini hanya sekadar tempat untuk bercerita sahaja. Maka saya tidak perlu berkejar untuk menulis walaupun dalam kekeringan idea. Walau bagaimanapun blog saya ini tetap hidup walaupun saya hanya menulis sesekali dan tidak sekerap blogger lain yang sememangnya dianugerahkan ilham yang mencurah. 

............................................................................................................................

Saya teruskan bercerita.

Pada hari ini saya ada satu kisah untuk dikongsikan. Pada saya kisah ini sangat menyedihkan bagi seorang perempuan. Ianya realiti cuma saya perlu ubah sedikit untuk tidak menjadi tanggapan yang lain dan hanya untuk dijadikan cerita dan ambil kebaikan yang ada.

Semalam, 

Ada seseorang telah meluahkan isi hatinya dan masalah yang dihadapi pada saya. Saya beranggapan perkara yang diluahkan itu hanya perkara biasa tetapi padanya perkara itu sangat besar dan membuatkan dia stress serta emosi. 

Saya pun sudah tidak pandai untuk bercerita daripada mana kerana terlalu banyak yang diluahkan.

Oleh kerana dia mahu bercerita dan meluahkan apa yang terpendam, saya meluangkan sedikit masa untuknya walaupun pada masa yang sama anak saya juga sedang meminta untuk teman bermain.

Okey...teruskan.

'Akak, saya dah uninstall whatapps'. Katanya.

'Aik,kenapa uninstall, bukan ke ramai kawan-kawan awak'? atau memang dah tak nak guna whatapps guna mesej biasa je'. Gurau saya. 

'Emm... entahlah kak, saya ada whatapps group kawan-kawan Politeknik yang rasanya semuanya dah ada teman lelaki, dah ada tunang, dan dah kahwin'. Luahnya.

'Dah tu kenapa dengan mereka'? Tanya saya lagi.

'Itu lah masalahnya kak, mereka kerap tanya saya bila nak ada teman lelaki dan bila nak kahwin'. 'Stress saya dibuatnya sampai saya uninstall whatapps sebab saya yang admin'. Katanya.

Okey baru saya faham apa yang bersarang dan terselindung di hatinya. Apalagi kalau bukan pasal kahwin. Itu memang kerap akan ditanyakan apabila telah habis belajar. Kesian juga saya mendengar luahannya. Orangnya baru berumur dalam lingkungan 25 tahun. Sudah tekanan dengan pertanyaan sedemikian rupa oleh kawan, saudara-mara, juga ibu bapa.

Saya cuba berikan kata-kata semangat padanya dan juga sedikit nasihat. Saya pun tidak tahu bagaimana mahu membantunya kecuali dengan memberikan sedikit pandangan.

'Apa yang awak nak fikirkan sangat, sekarang awak bekerja kan? teruskan kerja seperti biasa. Kalau awak paksa diri awak untuk mencari seseorang yang berkenan di hati pun makan masa juga. Tak kan awak nak main celup-celup je pilih pasangan hidup. Buat apa awak nak fikirkan sangat apa yang orang cakap sebab yang nak kahwin nanti awak bukan mereka cumanya masa dan ketika bila itu adalah ketentuan Allah'. Saya cuba berikan kata-kata positif padanya.
...........................................................................................................

Perkara sebegini sangat biasa dan sudah menjadi lumrah dalam masyarakat. Perempuan yang sudah habis belajar dan sudah bekerja akan diasak dengan pertanyaan yang sebegini walaupun umur masih muda. Sampaikan perempuan itu mengalami tekanan dalaman yang sangat kuat. Ada yang mahu lari bekerja jauh daripada keluarga dan masyarakat sekeliling.

Pada masa dahulu memang saya rasa sudah menjadi kebiasaan perempuan berkahwin awal 18 tahun disebabkan ibu bapa sudah ada calon yang disukai dan mungkin tahap ekonomi dan kewangan yang masih rendah. 

Seseorang yang saya sebutkan tadi juga agak rapat dengan saya dahulu. Sudah lama tidak berjumpa dan dia juga sudah bekerja yang pada saya bergaji besar. 

Saya tahu apabila dia call ada sesuatu yang akan diceritakan dan luahkan. Sama ada cerita yang menggembirakan atau pun yang mendukacitakan.

Kita perlu ada seseorang yang boleh diluahkan agar apa yang kita rasa dan pendamkan dapat dikeluarkan dan juga meredakan tekanan jiwa yang melanda.


p/s: Janganlah tergesa untuk berkahwin hanya kerana paksaan atau gesaan daripada orang. Hidup berumahtangga cabaran dan dugaannya lain dan perlu berfikiran matang. Abaikan cakap orang teruskan kehidupan seperti biasa. Andai ada jodoh yang hadir berkahwinlah. :-)




Tahun 2019