Friday, February 15, 2013

PERKARA TAK DI DUGA

Tarik nafas panjang saya beristighfar...

Saya baru dapat kekuatan untuk menulis hari ini tentang perkara semalam yang berlaku di depan mata saya sendiri.

Semalam emosi saya sungguh tidak stabil selepas melihat perkara itu. Saya perlu bertenang dahulu sebelum dapat mencoretkan perkara ini.

Petang semalam setelah habis kerja saya berjalan-jalan di bandar Mersing seperti biasa. Pusing-pusing merehatkan minda setelah satu hari sibuk dengan tugasan harian.

Dalam saya pusing-pusing berjalan dengan kelajuan kereta yang sangat perlahan...

SESUATU YANG TIDAK DISANGKA...

Ada beberapa buah kereta berderet seperti biasa di atas jalanraya yang begitu sibuk. Saya agak pelik dengan sebuah kereta ini yang tidak bergerak setelah kereta hadapannya bergerak ke hadapan.

Saya perhatikan sahaja kereta itu jikalau ada kerosakan yang berlaku.

Saya melihat dengan kereta saya yang agak perlahan, saya tengok orang yang berada di dalam kereta itu.

Astaghfirullah...

Rupa-rupanya, apa yang saya nampak ialah seorang lelaki sedang memukul seorang wanita dengan agak bertalu-talu di dalam kereta itu.

Berderau darah saya...

Tetapi saya tidak nampak begitu jelas siapakah orangnya kerana pada masa itu saya berada di sebelah jalan yang bertentangan dengan kereta tadi.

Saya agak memang lelaki itu memukul wanita itu begitu teruk kerana kereta yang dinaiki bergegar dek kerana kelakuan itu. Kereta yang belakang sudah berderet menunggu kereta itu bergerak.

Sampai di sini sahaja yang dapat saya tuliskan...

ANDA SEMUA FAHAM SENDIRILAH....




No comments:

Post a Comment

Tahun 2019