Bismillah.
Sudah 4 tahun rasanya saya tidak buka dan menulis di sini. Post terakhir saya adalah pada tahun 2015, bayangkan betapa berkurunnya blog ini saya biarkan sejak adanya sosial media yang sangat popular sekarang ini seperti facebook, instagram, dan juga twitter.
Di sana lebih ramai pengikut yang akan mengikuti post atau status. Blog rasanya sudah tidak sehebat dahulu. Penulis lebih banyak menggunakan facebook dan twitter untuk raih populariti.
Cuma bagi yang betul-betul serius dan memang telah menjana pendapatan di blog sahaja kemungkinan masih lagi terbabit dalam blogspot ini.
Rasa nak berleter banyak di sini. Saya akan terus juga update di sini tetapi untuk bercerita hal yang panjang. Jika hal yang pendek boleh sahaja lawati facebook saya, taip sahaja 'Hazrina A.Samad'.
Blog pun sudah update dengan tema yang cantik dan menarik. Cuma hanya bagi yang masih lagi rajin membaca blog akan dapat mengesan perubahan blog ini.
Jika blog ini juga seperti facebook alangkah bagusnya kerana ramai penulis tersohor menggunakan medan blog ini untuk mencerna minda.
Ok, setakat ini sahaja dulu. Nanti saya akan buka semula blog ini bila tiba masa yang sesuai.
Melihat dengan mata hati apa yang berlaku di sekeliling. Banyak keajaiban yang diciptakan tuhan untuk menyedarkan manusia yang telah hanyut ditipu muslihat dunia. Mempelajari ilmu dengan belajar melalui pengalaman yang pernah dilalui. Dulu kini dan selamanya. Menulis daripada hati dan jiwa. Jangan sesekali memandang manusia dengan sifat luarannya tetapi belajar mengenali sifat batiniahnya.
Tuesday, February 26, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Assalammualaikum... Berjumpa kembali kita di bulan yang penuh rahmat dan barakah ini. Bulan yang penuh dengan pahala dan pintu syurga ...
-
Di bulan Syawal ini, baru saya dapat membuka laman blog dan mahu berkongsi sesuatu yang baru. Sebelum itu, tidak terlewat untuk saya menguc...
-
Assalammualaikum. Salam sejahtera kepada pengunjung blog saya semua yang comel lagi manis. :-) 1 April 2015 hari ini seluruh warga ...
No comments:
Post a Comment