Monday, August 4, 2014

Kembali Semula!

Assalammualaikum..
Kepada pembaca blog yang saya sayangi lagi budiman. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Semoga hari lebaran kita pada tahun ini lebih memberi makna pada kita.

Setelah sekian lama saya tidak 'log-in' blog ini. Rindu rasanya nak tekan-tekan keyboard. Tapi kali ni saya tekan keyboard MACBOOK AIR. Huh, sangat lembut dan mengancam. Bukan saya punya tapi pinjam adik punya notebook sekejap untuk merasai kehebatan MACBOOK AIR. 

Memang sangat lama saya tidak menjengah blog sendiri oleh kerana kesibukan waktu dan juga alahan mabuk di waktu mengandung. Ada dalam setahun lebih juga saya tidak menjengah blog. Bukan tidak mahu dan bukan juga kerana malas tetapi waktu alahan itu memang tidak mampu untuk buka notebook sekalipun.

Alhamdulillah, di waktu saya menulis blog ini, sudah sebulan lebih umur anak saya. Sudah pun habis pantang. SYUKUR YA ALLAH.

Raya pada tahun ini saya sederhana sahaja kerana berpantang pun di rumah ibu bapa. Tidak ke mana-mana. Hanya saudara mara sahaja yang bertandang ke rumah.

Saya dapat lihat juga raya pada kali ini kuih muih tidah dimakan sangat. Mungkin kerana masing-masing sudah jemu dengan rasa kuih yang sama setiap tahun atau masing-masing tidak lalu makan keran sibuk berselfie dengan gajet masing-masing. Saya rasa itu lagi mengenyangkan mereka. Jangan marah ya :-)

Dahulu orang beraya sampai sebulan tapi sekarang kita beraya seminggu sudah cukup. Semua sudah mula bekerja dan juga bersekolah. Raya tetap raya. Bermaafan tetap perlu ada.

Okey, kita jumpa lagi selepas ini dengan cerita-cerita yang lagi best.











Tahun 2019