Monday, February 11, 2013

NUKILAN JIWA?

Mengapa saya letak nama blog ini NUKILAN JIWA? 

Macam blog penulis novel kan. :-)

Kerana saya tidak mahu terlalu fokus pada satu perkara sahaja. Saya hendak menulis mengikut kehendak dan citarasa saya.

Tabiat saya suka melihat dan memandang situasi sekeliling saya. Nampak macam biasa tetapi ada yang perlu saya ambil sebagai iktibar, pengajaran, atau sebagai satu kekuatan dan semangat untuk menghadapi hidup sehari-hari. Tetapi bukan berkhayal atau termenung ya. Itu bukan sesuatu yang bagus untuk kesihatan. Akan menambahkan lagi jerawat-jerawat yang memang sudah sedia ada.

Jika tidak menulis di sini pun saya akan menulis di atas kertas ataupun di dalam telefon pintar saya. Untuk apa beli 'phone' yang canggih jika kita tidak tahu menggunakan sepenuhnya aplikasi yang ada. Cuma telefon pintar ini kekurangannya cepat habis bateri dan perlu ada 'cover' bateri yang lain. Jika begitu sudah tentu terbantut untuk saya menulis. Buku kosong juga yang paling sesuai untuk menulis sebanyak mana pun kita mahu.

Apabila saya sudah menulis saya belum rasa puas selagi saya tidak dapat berkongsi dengan seseorang. Baik perkara yang 'happy' atau perkara yang kurang 'best'. Cumanya perkara yang terlalu peribadi perlulah disimpan sendiri sebaiknya agar menjadi HAK CIPTA TERPELIHARA. :-)

Blog saya ini juga hanya sebagai satu medium untuk saya berkarya dan bercerita. Bukan untuk perkara yang terlalu serius seperti penulis blog yang lain yang sudah menempa nama dan yang sudah mendapat pengiktirafan serta mendapat pulangan yang lumayan menerusi blog sahaja. Maknanya saya perlu banyak belajar cara menulis yang bagus untuk membuatkan pembaca blog tidak jemu dan akan terus menanti 'post' dari kita. 

Apa pun terima kasih sekali lagi kepada yang sudi membuka blog saya ini dan membaca 'post' saya. Baru dua hari saya buka akaun blog ini, pengunjung semakin bertambah. Ini permulaan yang baik untuk saya terus melangkah dengan 'SENYAP, BUKAN BERCAKAP'. 

'KEEP IN TOUCH' :-)
'WRITE AND READ'.




No comments:

Post a Comment

Tahun 2019