Sunday, February 10, 2013

HASIL ILMU

Hari ini saya berpeluang untuk menghadiri majlis Maulidurrasul yang bertempat di Taman Wawasan Mersing. Penceramah jemputan ialah Tuan Qadi Mersing iaitu Ustaz Mohd Nasri. Dengan cuaca yang sejuk-sejuk gerimis saya tetap bersemangat untuk datang di samping dapat makan secara berdulang. Sesekali sahaja dapat merasai suasana dan peluang begini.

Banyak ilmu dan hasil yang saya dapat daripada ceramah yang disampaikan. Berbekalkan telefon pintar saya ini, saya berusaha untuk 'download' aplikasi yang boleh menaip nota yang panjang. Saya mesti tulis apa yang saya dengar untuk ingatan saya sendiri. Hari ini saya hendak berkongsi apa yang saya tulis dan dapat daripada ceramah tadi dalam blog ini. Agar kita sama-sama dapat menyampaikan ilmu yang bermanfaat.

Hasil ceramah yang dapat saya tulis:

1. Bersihkan hati kita sepertimana Allah membersihkan hati nabi (s.a.w).

2. Hati yang penat akan merosakkan jiwa kita contohnya merungut di atas apa jua pemberian tuhan.

3. Jangan banyak mengeluh dengan takdir yang ditentukan tuhan.

4. Banyakkan selawat dalam apa jua keadaan boleh melembutkan / melegakan hati yang sedang marah.

5. Buatlah perkara-perkara yang boleh mendidik hati.

6. Solat dengan sepenuh hati dan khusyuk untuk mencegah segala keburukan dan kejahatan hati.

7. Jangan terlalu memberi hati kita sangat-sangat kepada manusia melebihi hati kita dengan tuhan kerana manusia akan mengecewakan dan tidak akan kekal selamanya.

8. Banyak lakukan perkara-perkara sunat kerana Allah sangat suka.

9. Hiburkan hati dengan solat wajib dan sunat.

10. Buat sesuatu perkara bermula dengan niat yang baik.

11. Banyakkan latihan membaca quran dan lebihkan ilmu Allah.

12. Terima qada' qadar tuhan dengan hati yang ikhlas.

13. Berusaha cara yang terbaik untuk menyembah Allah.

14. Terima seadanya apa yang Allah beri dan tentukan.

15. Berusaha memperbaiki akhlak dan nilai baik sesama manusia.

*Bermula dengan sedikit lama-lama akan menjadi kebiasaan. InsyaAllah.










No comments:

Post a Comment

Tahun 2019