Monday, September 30, 2013

Makcik Pencuri

Assalammualaikum...


Salam sayang, salam bahagia, dan juga salam keceriaan kepada semua blogger, penulis, dan juga pembaca blog tegar :-) senyum sikit.

Isnin adalah hari yang semua orang mempunyai mood yang saya rasakan sangat kurang baik untuk bekerja. Tetapi kita perlu hadapi juga untuk mencari sesuap nasi atau rezeki untuk diri sendiri dan keluarga. Ibaratnya begitu kerana kedengarannya agak teruk. Sekarang semua orang berjawatan tinggi dan juga bergaji besar. Mungkin untuk mencari sesuap nasi itu agak kritikal bunyinya. Kita mungkin tidak tahu di ceruk-ceruk kampung ada insan yang sangat susah dan ada yang mencari rezeki untuk sesuap nasi. Tonton sahaja BERSAMAMU di TV3. Sangat menginsafkan saya kerana ada yang lebih sukar hidupnya dari itu. Hanya Allah sahaja yang tahu.

ZAMAN SEKARANG  DEPAN MATA PUN BOLEH MENCURI. Highlight.

Takziah kepada sahabat baik saya yang baru sahaja mengalami peristiwa genting begini. Segala kad identiti diri, kad bank, telefon bimbit, dan wang hilang dalam sekelip mata. Perkara yang dia tidak sangka-sangka berlaku. Kaku sekejap. 

Peristiwa ini berlaku di dalam masjid Sultan Abu Bakar di Johor Bahru. Di tempat suci rumah Allah pun boleh terjadi inikan pula di tempat lain. Memang dunia sudah mendekati kiamat. Subhanallah.

Sangat mendukacitakan yang melakukan perkara begini adalah seorang makcik yang berumur 40-an. Pada awalnya sahabat saya ini bertegur sapa dengan makcik itu yang berada berdekatan dengannya sebelum menunaikan solat. Makcik itu berbaring berdekatan dengan begnya.

Seusai sahaja sahabat saya ini mengambil wudhuk, makcik itu sudah lesap entah ke mana bersama-sama dengan beg sahabat saya. Terkejut dia kerana tidak menyangka yang makcik itu telah mencuri begnya. Sahabat saya ini terus membuat laporan polis di balai berdekatan.

Sahabat saya ini sangat terkilan kerana niatnya untuk bertegur sapa dengan makcik itu membawa musibah padanya. Makcik itu mengambil kesempatan di atas keramahannya.

Apa pun semua telah berlaku. Makcik itu tidak dapat dikesan. Hanya doa dan redha sahaja yang menjadi kekuatannya. 

Ada hikmah di atas apa yang berlaku. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Segalanya adalah hanya pinjaman semata. Tiada Apa yang kekal di atas muka bumi ini.

Saya doakan semoga makcik itu mendapat hidayah dan diberi kesedaran dengan apa yang dilakukan. Kita berprasangka baik sahaja padanya. Kemungkinan makcik ini mencari sesuap nasi dengan cara yang begini. Wallahualam. 


Menulis dengan jiwa,
Rina's

No comments:

Post a Comment

Tahun 2019